Tak serupa demi kesempurnaan
Regime tahan lapar dan menyiksa diri dengan briskwalk, zumba bodo dan homework masih berlangsung, dan alhamdulillah syukur pada Allah dari 150kg aku dah turun 136.7 ke saat blog ini ditulis. Masih mengambil ubat darah tinggi hingga ke tarikh yang dr suruh aku jumpa dia semula iaitu 26 Nov. So far darah tak naik dah menggila macam hari tu dan aku turun ke moderate level. Syukur pada allah, masih jauh perjalanan aku menuju ke targeting weight, which is 60kg. Penat tapi terpaksa, demi anak anak dan suami. Bukan untuk cantik tapi untuk kecergasan, kemudahan untuk aku solat dan keselesaan untuk bergerak dan kekal aktif.
Hampir 14 hari aku makan tak serupa orang lain...kesannya sangat baik:
2. Tak ada sesak nafas
3. Badan rasa ringan
4. kebas kebas di jari hilang
5. kepala tak pening.
tapi aku jadi cranky. :-(
#target60kilo


Comments