Perfection in life

Its not that long since I last published my last piece. Things happened. Came across all sorts of ups dan downs rolling thru my path. Its not easy being a mother to small kid, even Im not a working woman anymore, still time is so consuming. 

Terkini my so called bro in law suddenly down with lung cancer stage 4, and ini sangat mengejutkan kami semua. Along bagi aku seorang yang sangat sihat, orang yang hanya hadap real food, i mean real food bukan macam sesetengah orang yang add up fast and junk food into their meal everyday. Makan pun sehari sekali saja. Tetapi malang sekali dia penghisap rokok daun yang tegar. Isi kandungan rokok Along adalah cengkih yang digunting gunting bersertakan sedikit daun tembakau murah. Is it still consider nakotin..emm maybe dalam tembakau tu. Sekarang Along terlantar di rumah, along sudah tidak perlu lagi ke IKN dan dr dah bagi jangka masa yang dianggarkan pada kaum keluarga. Memang sedih melihat keadaan along terkini. Aku masih lagi ternampak keceriaan along di gerai tiap kali kami pulang ke kampung...kini keceriaan itu sudah tiada. Hanya tinggal Kak Imah isteri along, yang kini berjuang menjaga along meniti hari hari terakhirnya....


Inilah realiti kehidupan. Allah dah bagi segala kesempurnaan dalam hidup untuk kita dan kini kesempurnaan itu akan di ambil semula. Tiada yang kekal di dunia ini, kita harus redha sekiranya takdir yang tertulis tidak seperti yang kita harapkan. For instance recently....aku diserang massive headache ketika outstation melawat along...dalam hati terdetik, kenapa tiba tiba aku pening sedangkan aku seorang manusia yang susah nak pening, tambah ketika kerja dulu, no matter how much pressure they put on me aku tak penah pening kepala. Dealing dgn komunis ni ingat senang ka, tapi alhamdulillah aku tak penah pening....tetapi kini aku pening. Emmm takjub. So aku endup ke klinik. The doctor sitting in front of me is an elderly man. Tuan Haji. Cakap pun lembut saja tapi aku boleh sense ketegasan dalam nada bicara nya. I told him what happen and he straight away took a bp set and put on me. Nah!!! 160/100 hang!!!! dia geleng kepala sambil memandang muka aku macam aku dah bertukar jadi sesumpah berbelang tigabelas!

"You hypertension ni". Relax saja nada dia. Sedangkan aku dah macam kesurupan.

"Tula, pening saya ni lain macam rasa dia". Aku cuba nak tenang

"You penah amik ubat?"

"Never! Saya stress maybe" Aku masih ini denial.

"Takpa I bagi ja dulu 10mg see how it goes tapi 26 Nov depan come back see me, but you must loose some weight. Kolesterol nak check dak? When was the last time you checked" 

"It was back in 2015 I guess, ok dr saya nak check" Bimbang masih ada

Dr pun dengan cepat ambik kit kolesterol tu, cucuk tangan aku dan reading tertulis 5.1

"Reading you cantik dan you kena hati hati ok. Jangan sampai the number cross 7 and above, it will trigger shortness of breath, and heart attack and also stroke. " Balas dr dengan penuh sopan santun tahap dewa.

Aku yang macam manusia kesurupan tetelan kapur barus ni terus rasa nak menangis instantly! Mau taknya, aku tak penah hadapi semua ini. Pregnant 4 kali dan beranak semua BP tetap low. Dan ketika dah pencen macam ni tetiba jadi darah tinggi.

So seperti yang aku katakan tadi, segala kesempurnaan yang Allah bagi sudah mula pudar dan kini aku harus redha dan berhati hati agar pengakhiran hidup adalah sempurna, tidak menyusahkan sesiapa dan tutup buku dengan husnul khatimah....


#padanmuka

#melantaktakingatdunia

#dietlasampailebam

#target60kilo


Comments

Popular Posts