School Holidey!

Sejak menjadi cikgu tak bertauliah di rumah aku look forward sangat dengan cuti sekolah! Mana taknya aku pun ikut secara intensif kelas PDPR hingga setiap jadual pembelajaran depa 3 beradik ni bersemadi dalam kepala. Hingga subject dan perincian nya aku dah digest. Sometimes aku rasa aku yang masuk kelas balik! Penat tapi aku enjoy. At least minda tetap berkerja walaupun bukan lagi macam dulu, masuk meeting pagi Isnin ambik minit update reports hantar report dan bla bla bla!!!

Alhamdulillah sekarang cuti sekolah, dan aku pada mulanya nak memulakan bisness gilang gemilang terpaksa onhold dulu atas beberapa sebab yang tak dapat aku nak terima. Sedih dan pilu tapi ketentuan ini Allah dah susun elok, so sabar saja lah. Covid masih tinggi di sini. Aku masih tak berapa nak berani nak keluar bepeleseran macam dulu, selain ke pantai yang sunyi lengang. Yang best dalam sunyi sunyi macam tu aku masih berpeluang untuk mandi mandi di laut dengan anak anak. Air ombak agak laju, tapi tak kuat. Kami tak lama di situ hanya selama 3 jam, terus balik. Petang yang mula gelap selepas itu disimbah hujan petang yang maha lebat. Alhamdulillah. Hujan masih berlarutan hingga ke saat entry ini ditulis. 

2021 sedang menuju ke penghujung. Aku sangat suka hujung tahun. Sebab? Cuaca of course. Hujan akan lebih kerap, keadaan laut yang super duper sempoi dan rasanya lebih tenang. 

Comments

Popular Posts