Pfizer : Side Effects...lepas tu???

 Suppose aku update blog on this issue right after the day aku tamat vaksin.  Tapi aku sibuk dok pebetui benda lain. Okay ni nak share side effect Pfizer yang aku tengah tanggung. Malam tu balik badan rasa lesu ala ala manja. Aku cepat cepat telan panadol 2 biji. Paih tu aku terus masak. Entah kenapa tenaga maghrib tu Allah taala bagi sangat luarbiasa. Aku jadi supermom hingga 4 lauk sekali aku hidang. Rasa macam gila babi pulak dinner masak banyak banyak lagu tu. Terkejut berok Pak Aji tapi dia diam saja mungkin dia cuba nak digest kekuatan apa kah yang telah merasuk bini dia hingga memasak penuh meja sedemikian rupa. Namun pak aji hanya akur lalu duduk di meja melayan anak anak yang menjadi teruja melihat lauk pauk penuh terhidang umpama di pagi sabtu atau ahad yang selalu terjadi. Bila nasi aku mula makan aku dapat merasakan tahap kelaparan aku sangat melambung naik umpama kes covid yang sedang terjadi sekarang!

Lepas makan aku solat dan mengaji macam biasa. Rasa sengal sengal terus hilang. Aku kira happy la sebab di tempat cucuk tu tak rasa sakit langsung. Anugerah Allah taala kat aku yang sangat aku syukuri.

Esok tu Day 1, aku mula rasa sengal di tangan menyerang balik. Rasa sakit badan sikit terasa tetapi rasa kelaparan sangat durjana menyerang. Jadi gila babi punya lapar. Bayangkan sedan elok aku teman anak dara aku PDPR kelas KAFA, aku boleh pedih perut kelaparan!! Cepat cepat aku suruh si angah masak air dan aku terus buat hot coco satu jug besar. Aku bancuh dengan nestum dan oat. Aku rasa pelik sungguh sebab rasa lapar tu seolah olah aku nak bukak puasa! Aku ada terbaca once PFizer mula serasi dalam badan dia akan merangsangkan pengeluaran protein tu yg membuatkan kita rasa lapar bergegar bumi.

Malam pulak, aku masak awal macam biasa dalam pukul 7 selesai semua dan aku terus hidang nasi goreng kampung berasap berapi, dan lauk lauk lain. Aku makan sepinggan sebab masa tu tekak cuma nak makan sepinggan dan tak ada selera atau kemahuan nak menambah. Selepas makan, solat aku kembali rasa lapar yang tak dapat aku nak kawal, akibatnya aku melantak 9 keping hot toast bread. Masa tu pukul 9.45malam. Humaira Khadijah ada menemani aku dan dia turut makan. Lepas melantak macam pelesit baru la rasa jiwa aku tenang.

and pagi ni Day 3 after vaksin, rasa lapar masih menyerang aku cuba kawal. Hanya Allah yang tahu apa la si Pfizer dok buat dalam setiap salur darah ditubuhku ni. 


.Tawakal sajalah pada Allah. 






Comments

aisarayuzumi said…
janji dapat telan....pfizer side effect is menggemukkan....9 keping hot toast tue power....saya cuba lawan....
Dustfinger said…
btuiii apissssssssssssssssss

Popular Posts