Inai si hitam legam : Aug 2020
Aku tak sangka yang aku akan bela kucing. Sejak aku kawin baba dah make it so clear that kucing is out of the topic. Alasannya tanggungjawab besar, silap haribulan jenuh nak menjawab di akhirat. Kena bertanggungjawab keatas kebajikan si meow umpama tanggungjawab pada manusia...and bla bla bla. Hinggakan kasih sayang aku pada haiwan yang satu ni aku tumpahkan pada stray cat di belakang rumah dan juga kucing jiran yang selalu datang melawat aku. Kucing kucing di belakang rumah ramai, dan aku namakan SpiderCat, Agen Ali, Bobby dan ramai lagi yang mana aku tak sempat namakan depa.
Satu hari Sabtu ketika kami masih di KJNY kami sekeluarga macam selalu breakfast di luar. Kali ni destinasi breakfast kami adalah di Shah Alam. Lepas breakfast baba ambik jalan hiway mana ka dekat kilang kilang yang laluannya sangatlah serabut. Dengan takdir Allah yang maha kaya, di tengah tengah hiway, nampak seekor anak bulu warna hitam legam umpama arang yang rentong, tengah lepak di tengah jalan dengan penuh panic. Baba terus mengelak bagi emergency light dan berhenti di tepi bila si arang cuba nak melintas ke laluan sebelah kiri. Si arang lari lalu masuk bawah kereta exora kami.Perbuatan si arang yang tidak bermaruah itu menyebabkan Baba terpaksa masuk bawah kereta semata mata nak keluarkan dia...maka bersusunlah kereta di belakang kami kerana seekor ketul arang ni. Alhamdulillah tak sampai 5minit baba berjaya keluarkan dia dan menyerahkan dia pada aku. Ternyata si arang ni sangat lah garang tak padan dengan kecederaan yang dialaminya. Mild injury saja di mulut. Tapi lekat la darah dia di tudung aku.
Bermulalah episode indah si arang ni di dalam keluarga kecil kami. Dan aku namakan dia Inai.
Kucing hitam yang sangat cantik, garang dan istimewa dalam keluarga kami.



Comments