BangChik: The Scavenger
Dulu dia tak mau kucing. Kucing satu beban satu tanggungjawab satu commitment. Susah,,,, silap haribulan jadi dosa, jenuh nak menjawab dengan Allah Taala. Disuruhnya aku bela harimau, singa gajah ataupun kuda!!
Tetapi kuasa Allah Taala itu luas dan maha maha Agong tiada siap yang mampu menafikannya...pada suatu hari di kala hujan lebat selepas azan Isya..Pak Aji balik dari surau basah lencun...masuk ke dalam bilik datang membawa seekok lagi anak bulu yang bulat mukanya, comot bulunya lencun badannya tapi sangat handsome, lalu menyuakan pada aku. Simple ja ayat, "dia ikut baba..baba panggey terus dia mai!"
Masa tu aku tertelan segala huruf, segala perkataan dalam dunia. Kalau nak susun satu ayat pun rasa sukar dan payah. Aku terkebil kebil kerana masa tu aku dah pun ada si rentung Inai. Tanpa soal banyak aku terus akur. Tapi si bulu ni ku biar dulu diluar. Sebab seluruh badan dipenuhi kutu. Hati tak dapat nak tahan dari menyintai si comot handsome ni. Jadi bahan taboh si rentung ni jugak sampai Pak Aji marah kat si rentung ni sebab pukul si comot.
Lepas tu kami pindah ke Pen. Aku lengkapkan suntikkan vaksin kat dua ekor jebon ni siap bagi vitamin without fail dan makanan yang berkhasiat. Kami namakan si comot ni Bangchik. Si abang handsome yang banyak akai dan kuat makan. Tetapi dia jugak memiliki keistimewaan yang dasyat...dia suka dengaq azan dan suka duduk sebaris dengan saf setiap kali kami sekeluarga solat jemaah.
BangChik akan lari kelam kabut bila Uzair atau Aqhil laungkan azan dan akan duduk dekat dekat untuk menghayati bait bait azan yang dilaungkan. Sesungguhnya ayat ayat Allah ni ada mukjizat hingga haiwan yang tadak akai pun terkesima mendengarnya, hanya manusia yang masih bangang ketegag dan hati kayu setiap kali azan bergema!!
We love BangChik



Comments