Abah dah tak ada: Tribute to TSMY

Bulan paling sedih. Dengan kes yang semakin meningkat, kematian yang tinggi setiap hari, tak cukup dengan semua ni, PM yang disayangi ramai pulak meletakkan jawatan. Sedih hati sayu sebak semua ada. aku tak sampai hati nak dengaq ucapan terakhir abah tadi dan hanya dimaklumkan oleh TK saja tentang berita dan perkembangan semua ini. Politik Malaysia sangat kotor dan jijik. Peliwat nak jadi PM, penyamun nak kembali bertakhta dan pendatang asing pun turut tak malu nak sandang jawatan. Semakin huruhara Malaysia ni dikerjakan puak puak gila kuasa ni. Yang merana rakyat macam kita ni. Aku dah tak tau nak memangkah siapa nanti . Rasa tak nak pangkah pun ada. Rasa nak bagi undi rosak pun ada. Susah payah kita memangkah setan setan tu, bukannya depa nak bantu rakyat pun. Di suruhnya kita mentekedarah kangkung.

Abah dah tak ada, dia akur dengan keinginan rakus manusia jalang. Abah melangkah pergi.  Aku doakan semoga abah tenang disisi keluarga dan dapat berehat dengan sempurna. Abah tak lagi pening serabut kepala dan abah dikurniakan kesihatan yang sempurna. Terima kasih abah kerana membantu kami rakyat yang tertekan. Abah tinggalkan sejuta kenangan kepada kami semua. Abah yang sangat sporting yang turut sama bergurau dengan kami semasa di awal MCO dulu. Abah buat kami terhibur walaupun kami terkurung. 

Tak keterlaluan kalau aku kata abah adalah PM terbaik buat Malaysia.

Jaga diri Abah TSMY

Sesungguhnya aku sangat sedih.

Comments

Popular Posts