aku membebel lagi - sekolah nak bukak wey!!

Febuari dah pun. Wabak pun tak nampak nak surut makin naik. PKP macam dah tak mujarab. Orang politik tetap politik dan sekolah masih tutup dan hanya belajar atas talian di rumah. Alhamdulillah setakat ini anak anak aku tak buat perangai bila aku kejut setiap pagi untuk sessi pdpr. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi aku kesabaran.

 Apa? Ingat senangka nak pujuk anak bangun pagi duduk di meja, sama sama mengikuti kelas yang cikgu anjurkan atas talian. Cetak kertas dan pastikan anak anak duduk dan siapkan tugas yang cikgu arahkan. Ingat mudahka? Kesabaran kena tinggi, kemahuan harus ada dan keinginan untuk melihat anak maju dan tidak ketinggalan! Ingat senangkan? Hang jugak kena pastikan semua ready seawal  bangun  subuh, kejutkan anak anak untuk solat jemaah bersama! Kena pastikan semua siap semua bersedia. Dalam masa yang sama setelah solat kena pastikan dan sediakan peralatan belajar semua tersedia.  Aku rasa zaman aku kecik dulu pun parents tak buat macam ni. Mak ayah kena ada minat untuk duduk di meja dan ikut sama menyelak lembaran buku anak anak. Ikut sama di meja belajar dengan anak anak. Lainlah kalau anak dah genius pandai setinggi langit dan tak perlu bimbingan dan galakkan mak ayah. Ha hat tu memang mak ayah tak perlu risau tak perlu nak bising riuh rendah di meja menjerit suruh anak fokus depan komputer! Tapi anak aku memang perlu encouragement dan tunjuk ajar. Anak aku perlu bimbingan dan a lot more push!

Aku terpaksa berkorban segalanya demi memastikan mereka duduk taat di meja untuk mengikuti kelas PDPR. Memang penat tapi penat aku berbaloi. Bukan lama pun tapi komited mak tu kena padu untuk melihat hasil yang sempurna. In sya Allah bantuan Allah itu sentiasa hadir untuk aku. Contohnya pagi ini, hari Rabu ada maths dan sejarah. Ingat mudah ka? Tambah Siti Khadijah yang sentiasa moody dan nak suruh warna pun macam nak suruh dia berlari menggelilingi padang 500km!! Alhamdulillah jenuh jenuh aku bising dan marah siap juga kerja sekolah yang cikgu suruh buat. Malah anak sulung aku dah mampu buat maths tanpa bantuan aku langsung. Ya Allah aku bersyukur padaNya hanya Allah yang tahu!! Abg Long ni anak yang sangat "rajin". Aku harap kekecewaan di SKSK dapat ditebus di SKSP!

Hati gusar juga memikirkan bahawa prestasi depa ni sangat consistent masa PDPR dan terfikir juga saat depa dah masuk sekolah dan bersemuka dengan para guru. Aku harap 3 beradik ni dapat maintain sebaik baiknya dan tidak memberi masaalah pada guru dan jugak aku. 

Minggu depan in sya Allah Siti Khadijah akan kembali ke bersekolah pada 8 March bersama abang abang nya. Muhammad Aqhil pun dah menjenguk tahap 2, aku berdoa semoga Allah mudahkan segala galanya untuk Abg Ngah. Tahun ini akan menjadi tahun yang penuh kenangan indah buat 3 beradik ini, In sya Allah 

Baideway, aku dah bukak buku catatan  yang sangat besar..hingga blog ini bersarang labah teruk sekali....hihihihih


Comments

Popular Posts