Pedas Pedas Lemak Cili
Entry pertama untuk hari baru di tahun baru, 2021. Rutin yang sama setiap hari sejak berpindah ke sini, sejak tidak lagi berkerja sejak bergelar suri rumah sepenuh masa. Bangun seawal yang mungkin untuk memasak menyediakan sarapan membasuh dan mengemas. Satu kepuasan buat aku. Kita ni bila dah bergelar isteri dan ibu, memang tak boleh nak malas malas atau mengangkang main handphone dah. Zaman tu dah berlalu dan walaupun sukar nak buang tabiat macam tu, kita harus cuba demi tanggungjawab kita sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Apa pun pagi pagi buta selepas menunaikan tanggungjawab pada Allah Taala kita kena lunaskan tanggungjawab pada keluarga pulak. Memasak mengemas mengurus anak dan laki agar segalanya menepati keperluan mereka dan kita sebagai tunggak utama dalam pejabat (dapur kita la) mesti memastikan semua keperluan mereka kita penuhi atau laksanakan sebaik yang mungkin. Itu pendapat dan amalan aku. Bukan niat aku nak mengata sesiapa tapi fenomena malas di kalangan suri baru kawin ni aku lihat makin menjadi jadi. Tujuan kahwin semata mata bukan untuk nafsu tapi kita nak kaut pahala. Allah dah kata dalam Al Quraan perempuan la paling senang nak masuk syurga. So peluang yang Allah berikan pada kita harus kita pergunakan sebaik mungkin.
Ni aku lihat beberapa kes terpencil ( aku harap terpencil la) ada yang berkahwin di usia yang muda, tapi tidak tahu erti pernikahan yang sebenarnya. Setelah berkahwin tanggungjawab mejaga dan mengurus rumah tangga menjadi beban pada mereka. Tambah dalam masa yang sama mereka jugak mengejar kerjaya. Di pejabat sibuk tak terkata dah tentu. Balik rumah nak pusatkan tumpuan untuk suami dan anak anak pulak. Di sini kekuatan minda harus kuat dan kekuatan fizikal jugak harus padu. Kalau semua tu tak synchronized mula la timbul tekanan dan pertengkaran. Kenapa bertengkar? Bertengkar sebab si isteri dah penat,si suami pulak buat dek, dan anak anak pula masa tu la nakkan macam macam perhatian dan kemahuan. Masa ni blaming culture pun timbul. Suami salahkan isteri dan isteri lebih lebih lagi akan salahkan suami! Akibatnya rumah pun berselerak berkabong, semak di atas alasan aku penat, hang pun penat, kita sama sama penat. Aku dah banyak tengok dan aku ngeri.
Itu untuk yang sama sama berkerja. Mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi bagi suri rumah yang tak berkerja tapi malas di rumah memang aku tak boleh nak hadam. Aku tau bukan semua tapi yang aku jumpa sangat mengerikan. Memang sedih. Di usia muda adalah masa untuk belajar memasak mengemas dan belajar mengurus rumah tangga. Tak kan bila suami hang gaji dah besaq hang kena hari hari order grab food dan food panda 24jam. Akibatnya si isteri menjadi semakin malas dan seolah olah mengambil kesempatan. Malah lebih sedih bila anak yang wajib diasuh isteri tapi dihantar ke nursery sebab isteri nak rehat dan hadap tv. Memang menakutkan tapi itulah yang aku jumpa.
Seperti yang aku katakan di atas tadi, bila dah kawin bukan masa lagi nak rilek rilek nak lepak lepak nak enjoi enjoi hingga suami dan anak anak terabai. Hentikan la sifat pemalas tu. Ada masa untuk rilek ada masa perlu untuk rajin, wajib rajin dan wajib belajar memperelokkan rumah tangga yang hampa bina. Jangan sampai suami sakit pun tak mampu nak jaga, hingga sup bodo pun kena orang lain yang kena masak...atau lebih naya bungkus luarrrrrrrrrrrrrrr


Comments