Reconnect- Sukarnya....
aku bukanlah insan yang terkenal di dalam adik beradik. Bukan glamer dan bukan sesiapa di mata mereka sejak aku lahir dan hinggalah sekarang. 21 tahun yang lalu aku berhijrah keluar dari pulau ini dan mencari rezeki di kota sana. Hidup seumpama dagang merantau tiada saudara tiada keluarga hanya pulang sesekali menjenguk aruah mak yang ketika itu masih hidup. Aku juga bukan seseorang yang dibanggakan oleh ibu sendiri mungkin kerana tiada rupa tiada pendapatan yang tinggi dan tiada keisitmewaan seperti saudara saudaraku yang lain. Jadi setiap kali aku berhadapadan dengan mereka mereka itu sekalipun ibu aku, tiada apa yang nak mereka katakan kecuali lafaz kata kata yang tidak enak di dengar telinga. Oleh kerana itu jarak aku dengan mereka semakin jauh dan jauh dan terus jauh. Hanya segelintir saja yang aku rapat itupun penuh rona rona kenangan hitam. Mungkin salah aku, aku yang tidak pandai menjaga hari orang tidak pandai menjaga segala galanya. Salah satu punca aku di dalam situasi sebegini adalah kerana segelintir dari saudara saudara ku yang tidak menyukai arwah abah. Arwah abah bagi aku seorang lelaki yang terbaik dan serasanya tidak ada lelaki sebaik ba di zaman ini. Kecuali suami aku. :) Dan wajah ku pula tidak tumpah banyak iras arwah abah. Mungkin itu salah satu dari sebabnya aku tidak terkenal malah tidak disukai kalangan mereka. Hinggakan selalu kata kata nista di keluarkan menyindir arwah ba yang sampai ke telinga aku. Sangat menyedihkan...Aku tetap standup untuk arwah Ba. Hingga aku menjadi manusia tidak beradab kerana terpaksa kurang ajar kerana mereka benar benar melampau batas!
Sekarang....aku dah pun kembali ke sini semula. Aku sudah bekeluarga mempunyai suami dan dan anak anak malah hidup selesa. Aku tak tau persepsi mereka terhadap aku. Aku cuba untuk reconnect dengan semua orang yang tak sukakan aku dan arwah ba. aku cuba untuk letak tepi dan buang terus perasaan terluka yang pernah aku tanggung selama beberapa tahun selama ini. Aku akan cuba perbaiki hubungan silaturahim yang sudah hancur. Tetapi kali ini dengan penuh hati hati dan tidak melampaui batas terhadap cubaan aku untuk kembali ke dalam circle itu. Sesungguhnya aku sangat takut. Hingga nak pelawa ke rumah untuk sekali lagi pun cukup takut. aku jugak takut dengan diri aku sendiri. Aku mudah kesian dan mudah menerima. Pernah sekali ketika aku betul betul tengah seronok beramah mesra bertanya khabar tapi aku dihujani dengan sindir dan perli yang membuatkan mood aku terus ke laut. Aku tak mahu menghadapi saat itu lagi lebih lebih lagi kalau di hadapan suami aku. Mungkin aku akan terus menyimpul mati rajuk dan jauh hati aku buat selama lamanya.


Comments