Menulis itu ada risiko? He He He!

Manuskrip aku tertunggak lagi. Manuskrip yang aku dah usahakan selama hampir setahun tertangguh dengan kerja dengan kesibukkan semasa menetap di kota dulu. Aku ingat setelah pindah ke dalam hutan macam ni at least manuskrip aku ni dapat aku sudahkan, tapi Allah lebih mengetahui.  Aku selalu membaca ada penulis yang diganggu ketika cuba menghasilkan manuskrip seram horror atau lebih dikenali sebagai manuskrip cerita hantu. Selalu aku hanya membaca sepintas lalu dan tak pernah ambil pot dengan apa yang penulis itu alami. Aku pandang remeh. Tetapi kali ini bila benda itu terjadi pada diri aku sendiri  baru aku tahu ertinya gangguan ketika menulis sampai sekarang aku tak dapat nak kupas apa yang sebenarnya terjadi hari itu. Izinkan aku kongsi di sini kejadian hari itu. Untuk yang sudi membaca, mungkin ini satu perkara biasa tapi kalaul ada yang cuba nak menulis macam aku mungkin anda juga kena ambil sedikit perhatian, jangan jadi seperti aku!

Hari itu hari yang biasa aku lalui di rumah baru ini. Hari dah petang. Suamiku didepan dengan anak anak dia. Si kecil Alhamdulillah ada di sisi aku ketika itu dan duduk di sebelah tekun buat kerja sekolah yang aku suruh. Aku pula terus menarik laptop buka folder dan terus ke manuskrip horror pertama aku yang telah lama aku usahakan tapi tak siap siap tu. So aku cuba menyambung apa yang tertinggal. Hari sudah pun lewat petang dan suasana pun semakin nak gelap. Aku terus cuba nak fokus dan sambung menaip apa yang melintas di kepala, iaitu peristiwa seram yang aku alami sendiri lebih kurang 15tahun yang dulu. 

Belum sampai 10 minit aku menaip tetiba aku rasakan seram seluruh tubuh badan. Terpacak bulu roma dan terasa ada benda yang begitu hampir dengan aku, bukan saja hampir tapi cuba nak take over diri aku. Aku dapat merasakan "dia" menghalang aku meneruskan karya aku itu. Seolah olah dia cuba nak kacau aku kalau aku teruskan jugak. Aku akui aku tak kuat. Mata liar memanang pintu belakang yang masih terbuka dan suasana senja yang akan menyapa bila bila masa. Aku dapat rasakan benda tu ada dekat sangat dengan aku. Aku tanpa berfikir dengan lebih jauh, terus hentikan kerja. Terus ke folder dan delete manuskrip yang telah aku usahakan selama beberapa tahun tapi belum dapat aku sudahkan. Rasanya semenjak tahun 2017, bermukasurat sejauh 15 page saja. Aku terus tekan delete dan emptykan trash can tanpa berfikir jauh. Aku arahkan si kecil tutup buku dan mandi sementara aku onkan lampu di dining room dan tutup pintu belakang. Aku dapat rasakan aku diperhati dan dikelilingi oleh negatif aura yang sangat jahat. Berdebar dada ni Allah saja yang tahu dan sebaik baiknya adalah banyakkan istighfar dan mohon ampun pada Allah.  Gangguan ini berterusan hingga ke saat aku nak mandi! aku cuba kawal diri aku agar tidak gelabah.

Lepas solat maghrib aku terus duduk dan berzikir sebanyaknya dan sambung dengan membaca quraan. Alhamdulillah selepas isya aku dapat semula ketenangan diri dan rasa ketakutan itu totally hilang! Aku ceritakan pada suamiku dan dia terdiam tak tekomen agaknya. Sedikit demi sedikit aku dapat rasakan aura jahat itu sudah hilang dan blah. 

So untuk memulakan satu manuskrip berunsur seram itu aku rasa tidak lagi buat masa sekarang dan aku hanya akan menumpukan perhatian pada manuskrip aku yang lebih relax, penuh komedi dan catchy. Nak cerita pasai puak puak tu tidak lagi rasanya.!!! serik!

Comments

aisarayuzumi said…
lor...delete pasaipa....bagi laaa org baca dulu....perasaan saja kot tue...
Dustfinger said…
menulis pasai dia comes with risks that im not ready to confront.
biarlah ia berkubur.

Popular Posts