Buku yang memberi tajuk blog aku pada kali ini adalah sebuah buku yang aku dah lama bertagak nak baca, sehinggalah aku jumpa senaskah buku tersebut di perpustakaan. Seingat aku dan setau aku dan sesangkaan aku sebelum ini, buku ini adalah sebuah kisah musical yang membosankan sehinggalah aku selesai membaca tajuk pertama buku ini bertajuk "Mary Poppins". Sejujurnya buku ini membuatkan aku merindui zaman kanak kanak aku yang penuh dengan fantasi.Buku ini membawa aku semula ke saat aku dihiasi dengan dunia yang penuh warna warni, mak dan ba masih hidup sihat dan aku terasa itulah syurga sebenar benarnya pada waktu itu. Buku ni boleh tahan tebalnya dan aku tak sangka aku akan begitu fanatik dengan Mary Poppins!

Sepatutnya aku tak skeptical sangat masa kali pertama tengok buku ni. Sepatutnya terus ambik dan baca. Its a fun book even tak logic tapi sesekali keluar dari comfort zone apa salahnya. Mengenangkan kisah zaman kanak kanak adalah sesuatu yang aku alami. Kekadang ketika duduk beseorangan dan memerhati tingkah laku anak anak membuatkan aku terkenangkan zaman persekolahan aku di sekolah rendah bersama kawan kawan yang kini entah di mana. Then here comes my sister Tina, yang hanya setahun beza dari aku, dia bukan saja seorang kakak malah seorang sahabat yang banyak berkongsi hidup dengan aku sehinggalah sekarang. Masing masing dah ada anak dan suami malah kami tetap rapat. Maki hamun bergaduh tu biasalah tapi kami ibarat magnet saling memerlukan. Ada saja benda nak di gelak dan dikutuk bersama. So setiap kali aku baca Mary Poppins aku terkenangkan kakak aku dan zaman kanak kanak aku yang penuh warna warni. Kehidupan aku di quarters kerajaan dengan Ba.
Daya imaginasi aku terlalu penuh warna warni hingga aku rasa sedih bila mengenangkan bahawa zaman itu tak akan kembali lagi. Tinggal satu tanda untuk di kenang sampai bila bila.
Comments