Kembali semula

 27hb Oktober 2020 mencatat sejarah hidup aku apabila aku kembali semula ke Pulau Pinang setelah menetap selama 21 tahun di Selangor dan Kuala Lumpur. Hati sedih bukan kepalang dan hanya Allah yang tahu even suami sendiri pun tak tahu kesedihan yang bersarang di hati aku. Rumah Kelana Jaya, No 8,SS5A/8 akan kekal dalam ingatan aku buat selama lamanya. Entah kenapa rumah ini begitu banyak kenangan indah yang tercatat. Namun kini ianya indah melakar memori indah dalam hidup aku. Aku datang ke Kuala Lumpur hanya membawa RM145 di dalam poket dan kini aku pulang ke sini bersama suami dan 3 orang cahaya mata yang comel comel belaka. Alhamdulillah syukur pada Allah.


Kehidupan yang baru sedang menanti aku di hadapan. Aku harus bangun dengan semangat baru lagi kental untuk menghadapi hari hari yang mendatang. Jujur aku katakan di sini bahawa aku "lost". Rasa tak yakin untuk meniaga kembali datang bertandang. Rasa tak tau hala tuju ditambah dengan rasa takut dengan kegagalan memenuhi jiwa aku sekarang. Rumah masih belum berkemas dan setakat blog ini ditulis Baba di Kelana Jaya menguruskan hal perpindahan yang belum selesai. Hanya aku dan anak anak saja yang ada di sini. Rumah di Pulau Pinang ini memberi aku ketenangan, dengan segala kehijauan yang mengelilingi kawasan rumah amat sesuai untuk aku habiskan manuskrip dan menulis blog aku. Bukankah ini yang aku impikan selama ini, ? Tapi kenapa perasaan itu seolah olah satu lohong yang mengisi benak aku sekarang? 

Betul apa Allah Taala katakan, bangun tahajud itu sangat penting untuk kekuatan jiwa. Kekuatan yang aku perlukan untuk meneruskan kehidupan ini. Kekuatan untuk aku menghadapi karenah anak anak dan suami. Kekuatan untuk menjadi muslimah yang sejati, ibu kepada 3 orang anak dan isteri kepada suami yang mengharapkan aku memberi sokongan pada dia.  Kalaulah aku lemah dan tak bermotivasi macam mana aku nak teruskan hidup ini dengan segala tanggungjawab dan amanah yang aku pikul? 

Blog ini tergendala kerana aku begitu sibuk dengan urusan mengemas rumah dan susunaturnya. Alhamdulillah dah 98 percent settle dan rumah ni dah nampak cantik sekali seadanya. Alhamdulillah semua dah settled in dan anak anak pun nampak dah serasi dengan environment baru. 
PKPB pulak yang berkuatkuasa dan habis sekolah di tutup selama sebulan. Rasanya sampai tahun depan! Takdir Allah ini cantik sekali. Hanya Allah saja yang tahu kisah selanjutnya macam mana. 


Ok nanti aku sambung lagi.........

Comments

Popular Posts