Balik Pulau Yang Syahdu

Masa dulu dulu aku cukup anti dengan tempat yang dipanggil Balik Pulau ni. Bagi aku ini tempat yang sangat ulu dan tak ada apa apa tarikkan yang menarik di sini kecuali pokok pokok durian kepunyaan bangsa cina dan jalan yang berliku liku untuk melengkapkan satu pusingan pulau ini. Of course jangan lupa buah pala dan segala macam tok nenek punya jeruk boleh dapat kat sini. Itu dulu punya tanggapan yang aku simpan dalam kepala hinggalah aku tinggalkan Pulau Pinang dan berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor. 21thn kemudian aku pulang semula ke sini dan paling menarik, suami aku sendiri membeli tanah dan membina rumah yang indah buat aku dan anak anak tinggal di Balik Pulau. Kawasan yang sangat terpencil jauh ke dalam kampung yang dikelilingi hutan dan bukit bukau yang menghijau. Persepsi aku tentang Balik Pulau berubah 360 darjah dan ketenangan yang aku cari selama ini rupanya Allah anugerahkan aku di sini. Indah kan aturan dan rancangan Allah pada aku.

Aku pernah kehilangan rumah dahulu dan ianya sangat perit dan menyedihkan. Kesedihan itu aku masih rasa hingga ke saat ini. Alhamdulillah perasaan itu sudah pun aku kuburkan dalam dalam.

Aku tak pernah terfikir aku dapat melihat keindahan bukit bukau dan kehijauan pokok pokok dari tingkap bilik aku sahaja. Belum lagi aku ceritakan tentang siulan burung burung di belakang rumah dan ketika pagi menjelma. Syukur pada Allah. Mungkin bagi sesetengah orang suasan sebegini tidak membawa apa apa makna dan tinggal di bandar yang dikelilingi dengan pasaraya pasaraya dan mall mencakar langit itu lebih menarik dan mudah. Well, tidak lagi bagi aku. Aku lebih tenang dengan suasana sebegini.

Comments

Popular Posts