Discovery!
Aku memang suka Pinterest. Dulu tak tau apa itu Pinterest, until Baba highlight kat aku tentang kewujudan web ini. Memang sangat dasyat kealpaan yang menimpa aku apa bila aku membuang masa aku mengadap Pinterest ini. Dari satu topik ke topik yang lain. Aku suka drawing dan aku temui pelbagai drawing dan cara melukis yang sempoi sempoi kat sini. Memang dari pemerhatian aku benda ni lagi membuang masa dari Facebook! Aku jadikan Pinterest sebagai rujukkan aku untuk book hunting, drawing dan maklumat yang lain.
Dalam ralit aku browsing thru page Pinterest ni, aku stumble upon satu web ni berkenaan dengan batu batu permata. Nama dia Etsy. Aduih, memang sempoi la. Produk semua dari US. Untuk sesiapa yang sukakan batu permata memang web ni sesuai sangatlah untuk dijadikan tempat cuci mata. Cincin yang pelbagai design memang menawan hati sungguh. Bukan itu saja, bracellet dan bangle yang pelbagai design ada keunikkan dia sendiri. Bukan aku nak promo web tu di sini tapi entry kali ini betui betui sesuatu yang menambat hati aku!
Memang aku suka jenis cincin permata macam ini. Malangnya design kat Malaysia tak ada yang macam ini. Ya lah ia bukan emas tapi sebagai seorang perempuan memang hati aku berbunga bunga melihat keindahan cincin yang bertatahkan batu permata sebegini. Bagi aku harga agak berpatutan. Aku membaca review orang orang yang membeli semua nya boleh dikatakan berpuas hati!!! In sya allah nanti aku dah settle down memang aku nak beli,sekurang kurangnya 1 !!


Comments