Book Review : Town Mall - Membuang masa mak!
Hanya kerana buku ini dijadikan filem dan kedengaran dasyat tentang keseramannya malah cerita ini berdasarkan dari kisah benar yang terjadi di Negeri Sembilan, maka aku dengan tanpa ragu ragu terus membelinya kat Shopee. Buku setebal 735 mukasurat boleh dikatakan agak meleret leret ceritanya. Aku pun tak harap buku ini akan sehebat tulisan RAM maupun penulis kesayangan aku, Maria Kajiwa.
Aku memujuk diri aku untuk mencuba dan cuba keluar dari kotak sesekali sesekala . Aku mula membaca naskah tebal ini sejak bulan May rasanya, dan tamat pada 10 August 2020. Tak terlafaz kekecewaan dan trauma yang aku lalu sepanjang aku membaca novel seram lagi merepek ini.
Bayangkanlah kewujudan hantu yang terlalu kerap secara tidak langsung meragut habis keseramannya. Hantu dah macam kisah dalam movie Hollywood. Aku tak rasa secara realiti ada manusia yang akan buat tak tahu dan tak bercerita dengan orang kalau dia dikacau dengan sebegitu hebat.
Bukan niat nak mengutuk atau perlekehkan hasil karya seseorang, tapi keseramannya cliche sangat dan senang meneka. Suspens yang boleh diteka dan style hantu yang sangat membosankan ditambah perangai watak yang tak masuk akal sama sekali. Banyak style filem Hollywood disumbat ke dalam jalan cerita yang dikatakan berdasarkan dari kisah benar. Terlalu melampau pulak aku rasa kisah ini digarap. Novel terlalu tebal banyak risikonya, penulis harus mampu membuat kisah itu menarik untuk dibaca hingga ke mukasurat terakhir dan bukan membosankan. Setulus hati aku berani katakan, aku jadi depression setelah membaca kisah ini. Rasanya aku tak akan menyimpan buku ini sebagai koleksi kesayangan malah dalam beberapa hari lagi akan aku dermakan ke mana mana perpustakaan yang ada. Sekiranya aku membaca buku ini 10 tahun yang lalu, aku pasti tak akan habiskan bacaannya.
Kisah ini menggambarkan seolah olah orang kita tak ada pegangan ugama langsung dan remaja kita jugak hanyut dalam kehidupan masing masin. Memang mengecewakan. Tiada ayat ayat alquraan di selitkan, malah kata kata nasihat untuk pembaca sangatlah sedikit berbanding dengan novel novel yang pernah aku baca sebelum ini.
Kerana penulis sebeginilah aku jadi phobia dan berhati hati untuk membeli buku penulis tempatan kecuali yang dah bertapak, seperti Maria Kajiwa atau Tuan RAM. Sekarang pulak aku sedang meminati hasil tulisan Anuar Darwisy pulak. Cara penulisannya sangat santai mudah faham dan mampu membuatkan aku teruja menyelak helaian mukasuratnya.
Bukan senang nak menulis dan kalau sekadar nak hasilkan novel seram yang tebal tapi merapu aku rasa aku pun boleh.


Comments