Berakhirnya Perjalanan Aku di Gamuda

Semalam  5 August 2020 berakhirlah perjalananku sebagai seorang seorang Document Controller di Gamuda. Aku nekad dan  aku tiada pilihan lain selain dari terus melangkah keluar dari sini. Teman teman Highpark ku juga turut melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Termasuklah boss boss aku sendiri. Hati sedih bukan kepalang kerana seribu kenangan terbina indah di Highpark Suites. Kenangan aku bersama Marlina Hussin. Rakan setugas yang sekepala walaupun degil mengalahkan budak kecik. 

Aku terkenangkan rakan rakan yang sudah lama meninggalkan Highpark terdahulu dari aku. Mr Tan, Mr Woo, Kee Sheng, Ms Lam, Juma, Bahrin, Hadiya, Fahim, Leslie, Seb the handsome boy, Looi, Marlina, Mr Ng...kenangan serba indah di Kelana Mall benar benar membuatkan diri aku hilang separuh! Tak lupa jugak budak budak praktikal, Kee Leng, Fazirah, apek Jepun, Ah Boon, Athirah, Summer dan ramai lagi geng geng yang pernah seiring tugas menaikkan Highpark hingga tersergam indah di Kelana Jaya. 

Walaupun aku dipujuk oleh Cyp untuk tinggal di situ tapi dia tak boleh menjaminkan kedudukkan aku dan tugas aku. Memang la kecewa bila berdepan dengan seorang leader yang tak mampu membuat keputusan apatah lagi membela pekerjanya. Jalan terbaik adalah berambus keluar. 
Baba jugak turut sama menerima nasib seperti aku. Malah dia akan berakhir di IBS pada 28 August ini. 

Selama ini aku tak pernah terfikir bahawa aku akan sedih dan menitiskan air mata di hari terakhir aku di tempat kerja tapi, pada hari itu aku kalah juga. Ini adalah di penghujung kareer aku dan aku pasrah. Setiap yang bermula akan berakhir. Aku harus menerima ketentuan ini. Memang sedih dan biul kepala jadi nya. Aku bermain air mata untuk 2,3 jam hingga emosi aku stabil. Hanya mampu menangis di dalam kereta.

Selepas ini In Sya Allah aku akan punya banyak masa untuk penulisan ku, membaca sebanyak mungkin, melukis sesuka hati dan menumpukan banyak masa aku untuk Allah yang maha kaya! 


Comments

Popular Posts