BACK TO WORK : with Covid lingering around

Norma baru.
So it seems. Again, dah lama aku tak update blog bersawang ni.  Covid 19 pun dah semakin reda dan Malaysia dah mula kembali ke norma asal cuma banyak perubahan yang dipanggil norma baru terpaksa dilaksanakan untuk mengelak kembalinya virus jahat ni. Alhamdulillah sekolah dah mula beroperasi, Uzair akan kembali bersekolah pada 15 July sementara Aqhil pula pada 22hb July. Siti Khadijah pula dah masuk Pra pada hari ini dengan norma yang sangat sangat ketat. Tak boleh la nak bersungut kerana semua ini adalah yang terbaik. Semoga Allah melindungi anak anak mama.

Mama pula, tetap wfh di sebelah petang. Pagi aku masuk pejabat macam biasa. Rasa bersalah pada Gamuda tapi apa kan daya, aku tak ada pembantu untuk menjaga anak anak aku. Aku pasrah saja. Baba definitely tak boleh nak wfh, dan semuanya tergalas atas bahu aku. Pening dan senak memikirkan semua ini. Mampu berdoa saja lah.

Tanggungjawab seorang mama, seorang isteri dan seorang pekerja tergalas di atas bahu aku. Uban di kepala dah mula memenuhi. Kekadang kesibukkan aku mengurus urusan seharian membuatkan aku mengabai diri sendiri.

Comments

Popular Posts