MCO DAY 25: Art & Books

Kini projek melukis sambung kembali. MCO ini seolah olah satu rahmat buat aku. Banyak masa yang Allah berikan untuk aku membuat perkara perkara yang aku tangguhkan. Alhamdulillah perkara paling utama iaitu mengaji menjadi satu amalan paling utama sejak MCO. Dan aku dah memasuki surah Ad Dukhan. Lega hati bila siang malam menatap Al Quraan. Kini aku bercuti dan aku terarah pulak ke minat yang lagi satu iaitu melukis. Bukan pro pun cuma sketch sketch biasa yang aku tiru dari Pinterest. Memang leka dan ralit jadinya. 

Buku sekarang yang aku sedang hadap adalah Saifuddin Jalis, karya no 9 tuan Ram. Aku sayang nak  habiskan karya magic ini. Rasa macam dah tamat pengembaraan aku kalau aku sudahkan kisah ini. Aku akan merindui Sunan ku. Sunan yang kurasakan adalah seseorang tak patut jadi milik si Ratu Sulaman itu. Saifuddin patut jadi milik Haryani, bukan perempuan gila yang tegar nak membunuh dia di tanah puaka tu dulu. Memang aku terkilan bila si Sulaman sasau tu menyimpan hati kat lelaki baik ini. Memang tak layak dan aku sangat gembira dengan tindakkan Atuk Wali menghalang kisah cinta depa berdua. Ok thats it for Saifuddin Jalis. Aku akan baca perlahan lahan dan menghayati kisah terakhir ini dengan penuh perasaan dan penghayatan abadi. Cewah!! 

Tadi aku bukak gerobok magika ku yang sarat dengan sususan buku buku cerita aku. Aku lihat banyak sekali buku yang belum aku baca. Salah satunya yang aku beli dari Bookalicious. Ada 2. Memang sempoi kisah tu, tapi belum aku sentuh lagi. Buku Maria Kajiwa pun aku belum habis baca - Seteguh Lalang adalah antaranya. Begitu juga dengan Planet Planet Cinta. Sentuhan Novelis ini sangat aku sanjung tinggi dan memiliki hasil penanya adalah satu kewajipan. Terkini ada beberapa buku yang bakal terbit miliknya. Salahsatunya berjudul Artifak. How cool is that?? Aku dah terang terang menempahnya. Now I am a bookbrat alive!


Comments

Popular Posts