Laksamana Sunan : Saifuddin Jalis

 
Semalam 17 April 2020 dengan rasminya aku selesai membaca buku trilogy Sunan yang ke 9, bertajuk Saifuddin Jalis. Aku sengaja melewat lewatkan membaca buku ke 9 ini kerana bagi aku perpisahan dengan Laksamana Sunan sangatlah perit dan berat untuk dilakukan. Tapi memandangkan tempoh MCO masih panjang maka aku pun teruskan saja pembacaan aku hingga menemui titik noktahnya semalam. Apa yang dapat aku tuliskan di sini....jalan cerita dan pengembaraan Saifuddin kali ini sangatlah sempoi. Watak Sunan sangat istimewa. Saifuddin sekali lagi ditugaskan dengan satu tanggungjawab yang penuh adventure oleh Wali Sufi ke satu daerah dalam naungan Aceh. Negeri Asahan yang kecil tapi penuh hiruk pikuknya, busuk perutnya, dengki kesumatnuya malah diwarnai dengan watak watak penuh kejutan yang sangat menaikkan darah aku. Malah watak Luna si bangsa Polip yang tak pernah jemu membantu Saifuddin dari sebalik tabir tidak pernah menghampakan. Aku dijentik perasaan sedih kerana cinta Luna pada Saifuddin sangat tulus dan ikhlas. Cinta suci Luna tetap kekal membuatkan dia sentiasa berada di sisi Saifuddin walaupun tidak pernah muncul berhadapan Laksamana ulung itu. Hanya perbezaan bangsa membuatkan Luna terbejat untuk memiliki Saifuddin namun hati dan perasaan Luna tetap kekal mewarnai perjalanan hidupnya. Dalam buku ini aku sangat setuju dengan tindakkan Wali Sufi yang bertindak berdoa dan bermohon pada Allah Taala agar ingatan Saifuddin terhadap sang Ratu Sulaman di Pulau Andaman itu terpadam terus!! Aku pun jadi cemburu macam Luna bila Laksamana Sunan memilih si Ratu ni sebagai cinta hati dia!! Oii tak sukanya aku.

Alhamdulillah dalam buku ini Sang RAtu dah tak muncul. Lega. Saifuddin membelah belantara dalam pengembaraannya memenuhi perintah Wali Sufi.

Memang sempoi!!

Aku harap buku ini ada sambungannya.,,,kerana tak pasai pasai si Anding Ayangan muncul di saat akhir dan Si Raja Permaisuri pulak berniat busuk hendak menyerang Aceh!!!

Comments

Popular Posts