FINALLY : MADINAH 5-9 Nov 2019 & MEKAH 9-16 NOV 2019

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak urusan aku dan baba untuk ke Mekah Al Mukarammah. Setelah berbulan rasanya menanggung rasa sedih dan keciwa silih berganti hingga mengundang rasa putus asa yang membuak buak, akhirnya dapat juga kami berdua ke Tanah Suci. Hanya dalam beberapa hari saja lagi aku dan baba akan menjijakkan kaki ke bumi Madinah Al Munawarah untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ya Allah rindunya hati tak dapat aku bayangkan dan sukar untuk gambarkan. Penerbangan kami akan berlepas dari KLIA pada 5hb pukul 3.25 petang waktu Malaysia dan dijangka tiba di bumi Madinah pada 5hb pagi waktu sana. Kali pertama kami akan melakukan umrah DIY tanpa agen semoga Allah permudahkan segalanya. Aku dah beberapa kali mengikuti ceramah umrah ustaz Samsuri dan Ustaz Don...banyak memberi ilmu dan ingatan buat aku. In Sya Allah pada hari Ahad nanti 3hb Nov kami akan ke masjid di Shah Alam itu untuk kursus lanjutan tentang umrah. Banyak benda kena refresh balik.

Gentar dan takut masih ada dalam diri aku. aku hanya mampu berdoa pada Allah taala agar di perkuatkan semangatku dan kesihatan aku tiptop. Begitu jugak dengan baba. Semoga kami berdua memperolehi umrah yang mabrur dan perjalanan kali ini kami ada rezeki untuk mencium Hajarul Aswad. Ya Allah aku harus berusaha untuk berjaya.  Aku akan cuba pi selepas isya. Kali ini aku berdoa untuk cuba menghabiskan sebanyak masa yang mampu di hadapan Kaabah dan banyakkan rutunan doa pada Allah seperti yang telah aku ukirkan di dalam buku nota. Aku tak harus mempersiakan trip ini. Betapa susahnya aku mengharungi detik waktu sepanjang tahun 2019 ini semata mata untuk ke Tanah Suci Mekah. Semoga impian aku terlaksana. Cinta dan rindu aku pada Mekah sangat meruntun jiwa, dasyatnya rindu yang menggamit.

Hanya orang yang pernah ke Mekah saja yang tahu perasaan ini....
Semoga perjalanan ini membuahkan umrah yang Mabrur. Amin amin ya rabbal alamin.

Comments

Popular Posts