Exam & Pertukaran Jabatan - Dah Hujung Tahun
Oktober datang lagi tanpa tanpa ditahan tahan. Aura hujung tahun sudah mula dirasai. Cuaca pun dah mula redup bila petang menjelang dan diikuti dengan hujan syukur Alhamdulillah jerebu yang melanda pun dah hilang, walaupun aku tak check kadar IPU terkini. Awan biru dah mula kelihatan di langit dan aku dapat melihat dengan jelas kapal pesawat yang terbang di atas kepala setiap pagi.Memang cuaca macam ni sangat dirindui. Blog ni pun turut kelabu macam cuaca sekarang.
Boss dah balik dari London dan masih dalam mood London. Dibelinya buku Lord of the Ring bahagian ke 3 sampai 2. Aku bercadang nak jualkan satu lagi tu. So sesiapa berminat sila PM tepi. Kalaulah ada manusia yang membaca blog aku ini.
Minggu depan merupakan minggu yang penuh tekanan. Mana taknya, abang long periksa akhir tahun, cik Jah pun ada exam assessment. Aku kena korbankan masa rehat aku dengan membantu dua orang vvip ni ulangkaji. Memang sangat stress. Dulu masa aku kecik, aku tidak dibantu oleh sesiapa pun menjelang peperiksaan dan aku mengharungi masa masa peperiksaan dengan usaha sendiri.
Anak anak sekarang cara mereka sudah berbeza. Mungkin hanya anak aku saja yang begini dan anak anak orang lain tidak memerlukan perhatian yang sebegini. Malah boleh buat semua sendiri tanpa tunjuk ajar. Aku memerlukan kesabaran yang sangat tinggi Ya Allah semoga Engkau memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi minggu depan dengan sempurna.
Urusan ni tak habis urusan kerja pulak yang perlu aku fikirkan. Aku bersetuju untuk tidak ke Township hanya kerana terpaksa bertugas di hari Sabtu dan berdepan dengan perangai para penduduk di situ yang sudah mula memberikan pelbagai masaalah. Ronald pun dah lari malam. Anita penuh dendam kesumat yang tak habis habis. Julia pulak mempunyai style yang sudah difahami umum dan mungkin manusia luar biasa akan memahani dia. Sebelum masaalah menjadi lebih besar dan lebar aku harus mengasingkan diri dan cuba ikut rentak SK. Kalau di PMD keadaan tidak meyakinkan nampaknya laluan aku terpaksa bertukar.
Kekadang rutin yang dilalui hari hari ini sangatlah membosankan. Aku hanya ingin duduk dirumah bersama buku buku ku dan tumpuanku hanya buat keluarga. Dah malas untuk aku terus lama lama di dunia pekerjaan. Aku pasti temui titik noktahnya.

Comments