Yang Ku Benci Terjadi Lagi

Agak lama juga aku tidak masuk ke sini dan mengemaskini apa yang patut. Blog ini juga sudah bersawang malah tidak pernah ada sebarang manusia pun yang pernah hadir untuk membaca apa apa kisah di sini. Mungkin juga kerana orang tidak tahu dan aku tidak penah mempromosikan blog ini untuk bacaan umum. Kisah di dalam blog ini mungkin tidak menarik untuk menarik orang ramai berpeleseran di sini. Aku juga belum bersedia untuk mendedahkan apa apa di sini, itu yang sebenarnya.

Post aku yang terakhir adalah pada 28 July yang lalu. Banyak benda yang telah terjadi dari tarikh akhir post itu ditulis. Antara tugas yang semakin gila, buku buku yang aku dah pun tamat baca dan sedang baca, hal kekeluargaan dan persahabatan. aku tak tahu yang mana satu aku harus tulis dulu.

Tentang kerja...aku sudah penat dengan kerja. Aku sudah penat dengan politik di tempat kerja dan kekadang aku rasakan masa sudah tiba untuk aku hentikan semuanya. Hanya memusatkan tumpuan aku pada keluarga dan anak anak. Sedar tak sedar dah hampir 30 tahun aku berkerja dan telah mengadap pelbagai jenis manusia dan politik kotor pejabat. Sekarang aku bagaikan seorang perkerja yang hilang motivasi dalam tugas. Kekadang aku hanya memandang sepi akan benda benda yang berselerak atas meja ku dan aku dapat rasakan aku tidak berlaku adil pada syarikat. Aku bukan manusia seperti dulu lagi. Hilang sudah komitment dan semangat aku. Aku hanya nampak anak anak dan tanggungjawab pada keluarga. Sekarang projek yang aku terlibat sedang menuju tamat tempohnya dan aku akan ditugaskan ke jabatan yang lain. Just in a matter of time saja. Aku sengaja melewat lewatkan proses simpanan untuk aku terus lama di jabatan lama ini. Secara telus segala tugas aku telah pun selesai, walaupun audit akan berlangusng pada 18hb nanti. Di saat aku sedang menulis entry ini, E pulak tetiba meletakkan jawatannya berkuatkuasa 24jam. Si A menyalahkan E dan menceritakan segala galanya pada ku. Aduih lagi serabut kepala jadinya. GM pulak tidak akan melepaskan lagi aku ke jabatan baru dan ini sangatlah melegakan aku. Banyak lagi tugas yang perlu aku selesaikan dari pemerhatiannya. LEGA!
Tak selesai dengan masaalah di tempat kerja, aku dikejutkan lagi dengan cerita Tina dan keluarganya. Akibat dari itu buat sekian kalinya kami bergaduh lagi. Aku dah penat dengan perangai dia. Aku dah tak kisah lagi. Dia seorang manusia yang tidak boleh menerima sebarang teguran, cadangan jauh sekali nasihat. Situasi yang terbaik sekarang adalah silent treatment and be away.

Comments

Popular Posts