Something to ponder today!

"We write down made up stories to tell the truths we wished we could say out loud"

Banyak benda yang terjadi yang aku tak sempat nak share di blog kesayangan ini. Pertemuan dengan penulis kesayangan aku, Maria Kajiwa adalah salah satu di antaranya. Pertemuan yang terjadi pada minggu sudah di Concorde Hotel mewarnai kanvas yang tiada lakaran. Orang yang sangat berhati hati bila berbicara dan setiap butiran yang dilafazkan penuh ilmiah dan tersusun. Aku ingin berjaya sepertinya. Aku ingin mampu menulis seperti wanita hebat ini. Dia membuat aku kagum dan rasa sangat rendah diri. Aku mahu mempunya rantaian buku yang hebat hebat seperti dia. Manuskrip yang aku ada sekarang tak ada yang habis ditulis.  Semuanya separuh jalan dan aku simpan dalam file. Belum mampu untuk aku teruskan sampai ke penghujung. In sya Allah aku akan menyambung kembali nanti.


Comments

Popular Posts