How I write & How I Speak

Aku jarang menulis dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Aku banyak menulis mengikut dialek penang dan ejaan yang mengikut dialek itu. Ini amat merisaukan aku kerana aku jugak kurang membaca buku melayu membuatkan penulisan aku tak sempurna. Aku ada beberapa manuskrip yang sedang dalam proses tapi memerlukan editing dari segi susunan tatabahasanya. Aduhai bila la nak dapat siap. Tadi aku baru habih bersembang dengan kawan dari MKFC. Dia asalnya perkerja di MLNG dan kini telah pun berhenti kerja menjadi suri rumah tetap. Dia dah berjaya menghasilkan buku pertama beliau berjodol Syndrom. Nampak tertarik buku yang dihasilkan dan buku itu juga berjaya dijual dengan baik sekali. Penerimaan para pembaca untuk genre itu sangat bagus. I am happy for her. She can write and the story is great too. So the book really sells.

Hari ini hari Sabtu yang indah. Semalam aku sakit gigi. Alhamdulillah Allah yang maha Kaya dah hilangkan sakit gigi yang buat kepala aku rasa nak terbelah dua. Aku makan panadol 500mg dan berkumur dengan listerine yang original tu. Rasa terbakar mulut sungguh.  Aqhil pulak demam. Pagi ni dia merengek rengek. Kesian pulak bila tengok dia muntah lagu tu...Semoga Allah taala sembuhkan anak aku...


Catatan kali ni lebih kepada peribadi....tak dak mood nak merepek yang bukan bukan macam selalu.

Comments

Popular Posts