Syawal 2019: Raya ke 5

Baru ada kelapangan nak menulis di sini. Entry dah buat masa di Penang tapi aku sendiri tak ingat aku letak entry tu di mana. Nama file pun tak ingat. Penat bila jadi macam ni.
Raya dah selesai...cuti pun dah selesai. Aku dah kembali ke rumah Kelana Jaya dan tinggalkan Balik Pulau jauh di sana. Paling sedih aku tak dapat menziarahi kubur mak dan ba. Aku pun tak suarakan niat aku pada suami. Dia hanya mendiamkan diri. Mungkin dia tak berminat..entahlah. Rumah makcik pun aku tak dapat ziarah...sg pinang lebih lebih lagi,memang tak ada dalam itenary. Yang pasti aku dapat ziarah Makchaq, Erin dan seluruh ahli keluarga di Seberang Jaya. Rindu rumah seberang jaya. Rumah itu banyak kenangan yang tak dapat aku nak lupa sampai bila bila pun.

Hari raya di Balik Pulau. Meriah dengan tetamu cilik yang tak henti tiba. Menghiasi rumah kami dengan meriah sekali. Alhamdulillah. Bila keseorangan memasak di rumah aku teringatkan arwah mak...setiap malam raya hanya aku saja yang setia bersama dengannya di dapur memasak rendang, ayam masak merah, menggoreng kerisik, mengemas dapur,menyusun kuih raya dalam bekas, aku jugak ditemani dengan leteran kutukkan dan jugak sindiran yang tak penah lekang dari mak.  Walaupun segalanya aku yang tolong dan buat dari siang sampai ke tengah malam,namun itu saja yang aku dapat dari mak. Jauh di sudut hati aku berkecil hati tapi aku lega dapat meringankan beban dan susah penat mak. Kini semua tu dalam kenangan. Hanya kuali hitam tu sajalah menjadi saksi bahawa aku selalu masak dengan mak di malam raya! Bukan kakak-kakak aku! Sehinggalah di tahun 2010 aku tetap setia masak dengan mak. Selepas itu mak dah tak nak masak. Mak dah hilang mood secara total dan akan meradang bila ditanya apa menu nanti Hari Raya....satu kenangan yang sangat menikam hingga ke tulang sum sum.

sekarang bila dah berkeluarga, punya anak punya suami, rasa gembira memasak di malam raya tu lain acuannya sama sekali. Keadaan dapur yang luas dan selesa sangat nyaman bila memasak. Alhamdulillah...aku akan duduk di sini satu hari nanti dan in sya allah aku yakin dengan susun atur Allah Taala.



Memangla rasa tak puas duduk di rumah sendiri. Walaupun di kelilingi hutan tapi aku tenang dan rasa damai yang tak dapat nak aku ukirkan. Aku tenang memasak, tenang mengemas.   Baba takut kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebab tu la kami pun bertolak cepat. Hari Jumaat dah beransur.

Layover di Gerik semalam. Alhamdulillah dapat bilik di SMZ hotel. Walaupun kecik tapi sangat selesa, dan tv sangat lah poyo. Bolehlah untuk melepaskan penat. Hujan mengiringi kedatangan kami ke Gerik tahun ini. Lagi sekali bermalam di SMZ hotel..dapat bilik di hujung. Aku dapat rasakan bilik tu dah lama tak dijual, alhamdulillah tak ada kejadian poyo yang menimpa kami. Anak anak
dapat lena dengan sempurna....hinggakan si Angah terkencing di tempat tidur. Hahahahaha!!

Di pendekkan cerita esoknya kami ke Air Ganda....suasana tetap nyaman dan indah. Tak dapat aku ukirkan di sini betapa tenangnya fikiran melihat alam semulajadi di Gerik. Semoga Gerik tak akan jadi seperti Genting atau Cameron Highland..

Comments

Popular Posts