Ramadhan: Hari ke 21
Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya buat teraweh walaupun tak start dari malam pertama tapi start di hujung hujung Ramadhan..Alhamdulillah dapat aku sempurnakan. Alhamdulillah Khadijah pun duduk baik dan tak kacau dan tak membimbangkan aku. Aku dapat solat dengan aman damai. Selesai saja Teraweh aku dilimpahi sejuta ketenangan yang tak dapat aku gambarkan. Rasa rindu membuak buak teringatkan Mekah, dan suasana malam di Masjidil Haram. Kini perasaan tu datang bertandang lagi. Sahabat aku sekarang di Mekah. Untungnya dia dapat hari hari terakhir di sana. Semoga akan ada rezeki aku pulak untuk ke sana. Aku tak tahu macam mana hanya dengan doa saja mampu aku panjatkan pada Allah Taala untuk aku sampai lagi sekali.
Bulan puasa tahun ini aku bersyukur pada Allah Taala, Khadijah tak buat hal setiap pagi nak ke sekolah. Dia bangun dan bersiap tanpa sebarang ragam. Lega. Masa aku cukup terbuang kalau dia buat hal. Bertambah stress rasanya. Cuti sekolah pun dah bermula untuk 2 minggu. Aku tak tahu apa keputusan peperiksaan anak sulungku. Aku harap semuanya baik baik belaka. In sya Allah.
Esok kembali ke pejabat. Minggu terakhir aku bersama CMD. Entah kenapa aku tak bersedia langsung untuk masuk ke TMD....dengan perangai boss yang dah mula tunjuk sakai dan sawan pada staff..aku jadi phobia. Bila dah terlalu lama berkerja aku rasa macam dah tak boleh nak terima situasi macam ni. You can scold your staff tapi in a professional way bukan dengan cara menghempas hempas barang atas meja....dan mengadu domba.
Aku harap dan berdoa aku di berikan kesabaran dalam menempuh dunia baru di TMD.
Ramadhan kali ini banyak mengajar aku.

Comments