after some time
School holiday dah pun berlalu dan ini bermakna aku akan kembali sibuk dengan 2 rutin setiap hari 5 hari seminggu tanpa gagal. In sya allah aku akan sebaik mungkin untuk kekal sabar dengan perangai anak anak. Hari ini hari Ahad yang aku tak penah gemar. Memang tak suka hari ini. Penuh kepenatan dan rasa hari berlalu dengan pantas sekali. Sekejap ja esok dah kena masuk pejabat. Penat belum habis lagi. Sejak akhir akhir ini aku sangat sukar tidur. Kalau dapat tidur pasti nanti pukul 2.30am aku akan automatik akan terjaga dan hilang segala mengantuk. Lebih parah bila tangan jadi gatal bukak handphone dan merapu membelek pinterest sampai tak sedar masa berjalan.
Tujuan aku bukak post ni,sebenarnya aku dah lama tak menulis dan ini amat membimbangkan aku. Aku rasa rugi masa berlalu begitu saja tanpa ada apa apa hasil penulisan yang aku semadikan di sini.
Keadaan di pejabat betul betul buat aku hilang semangat. Hilang motivasi, tapi alhamdulillah aku rasa tenang dan lebih aman buat kerja. Audit sudah selesai di Rivendale dan tak akan ada lagi apa apa audit memandangkan kami akan VP tak lama lagi. Aku dah mula archive segala dokumen yang ada. semua dah ikat dan letak tepi, hanya menunggu kotak untuk aku sumbat kelak. Isnin ni Marlina masih bercuti dan aku keseorangan di pejabat dan akan cuba stay focus dengan apa yang ada di hadapan aku. Aku akan cuba sambung puasa qadha aku, semoga aku lebih bertenaga dan tak mengantuk.
PBKL...emmm macam mana nak hadir kalau minggu depan pun aku ada activity sihat bersama keluarga tercinta. Lagi sekali kami ke Melaka. Saja nak mandi mandi dengan anak anak di pantai dan bagi depa mandi pool.
Tapi as of now, aku sign out dulu untuk fokus manuskrip aku yang separuh jalan tu- xoxo

Comments