A TRIBUTE TO MAKCHU DEC 1946 - FEB 2019
Last post all about work and books, but this post is all about my dear Makchu. Makchu yang rapat dengan arwah mak. Makchu adalah tempat arwah mak bercerita dan menabur rahsia. Mereka bergaduh berselisih faham tapi Makchu tetap cari mak untuk segalanya hinggakan perkahwinan dan persandingan Makchu pun arwah mak dan arwah ba yang uruskan. Pernikahan yang sangat meriah dan grand pada tahun 70an yang lalu. Aku masih ingat kerana aku bukan budak kecik masa tu!
tapi kini...sejak arwah mak kembali ke alam barzakh 6 tahun yang lalu, Makchu macam kehilangan arah. Aku tak banyak jumpa makchu sejak aku pindah ke Kuala Lumpur. Antara penyesalan yang datang bertandang sewaktu aku membuka kain penutup wajah arwah hari tu. Aku sebak mengenangkan Makchu, gelak tawa dia akan aku rindu sampai akhir hayat....al Fatihah


Comments