Library Balik Pulau

Well dah lama aku ushar library Balik Pulau ni, eversince kami bertapak kat sini about a year ago. Biasalah aku penah phobia dengan State Library KL ni. Sangat haprak koleksi dia. Maybe dah  berubah sekarang ...
Ok berbalik kepada Library Balik Pulau...first of all the environment itself dah cukup tenang dan the moment aku masuk ke dalam aku dah disajikan dengan sejuta buku yang sangat menarik bermula dari deretan buku kanak kanak, wanita, novel, majalah dan segalanya! Mungkin aku tak tau perkembangan ini semua, depa ada sudut mainan dan permainan dan jugak bilik aktiviti mainan untuk anak anak. Ada juga bilik komputer untuk pengguna semurah RM2 sejam. Aku ingat kan Library Jalan Scotland saja yang sempoi tapi bagi aku library kat sini lagi awesome.

Anak anak endup duduk bilik komputer dekat sejam, Khadijah macam biasa lah agak sakai, main amik saja barang barang mainan kat situ seolah olah mama dia punya library ni!!

Aku end up pinjam 4 buku : Northanger Abbey, Pinochio, Dapur Wawa dan The Secret Lives of Amir Sisters ( buku yang sangat merapu dan menaikkan darah aku bila baca)

Kalau bukan baba datang awal menjemput kami, aku rasa aku akan terus duduk di perpustakaan itu sampai petang.!!!

In sya allah aku akan datang lagi. Dekat dengan rumah wey!!

Comments

Popular Posts