Sudah 5 Tahun

 Dia lahir 28 Feb 2013 pukul 12.30 pagi di Hospital Ampang. Semuanya kelihatan normal dan sempurna. Esoknya aku dibenarkan balik kala senja mengetuk pintu malam. Pulang ke rumah Putrajaya yang sangat miserable itu. Dia ku berikan nama Princess Humaira Jesmine. Nama seindah namanya. Puteriku yang aku sayang sampai mati.

Takdir tertulis di kalam perjalanan hidup aku dan dia....
Humaira sakit. Jaundice yang tetiba menyerang dia, dengan bacaan yang terlalu tinggi dan terpaksa ke hospital untuk tindakkan lanjut. Sepantas kilat dia di letakkan ke dalam bekas UV di tutup mata dengan harapan bacaan jaundice itu akan menurun. Malangnya sampai ke petang bacaan jaundice itu kekal di paras yang tinggi dan tiada harapan langsung akan turun. Aku juga turut di tahan di hospital untuk menjaga Humaira dan di kala itu aku masih dalam pantang. Seluruh badan berbisa hanya Allah saja yang tahu. Keadaan ward yang sangat merisaukan meruntunkan jiwa dan katil aku jauh di hujung sana. Dr akhirnya meletupkan bom atom betul betul atas kepala aku dengan mengatakan Humaira memerlukan blood transfusion. Tunggu pulak bekalan darah dari pusat darah negara dan prosedur itu di jalankan pada pukul 3 pagi dan menjelang subuh aku dibenarkan menjenguk dia. Hati aku hancur sehancur hancurnya melihat puteri aku di dalam keadaan wire wire beselirat di tubuh kecilnya. Aku kuatkan hati dan disabarkan oleh jururawat untuk stay positive. Macam mana nak stay normal bila anak dalam keadaan macam itu. Emmm

Kalau nak tulis di blog ni memang aku boleh go on and on berpage page tapi kini tiba untuk aku lupakan kisah sedih itu dan peluk Princess Siti Khadijah seerat eratnya kerana Allah telah menghadiahkan aku dia yang sangat indah - SITI KHADIJAH.....

Comments

Popular Posts